September 12, 2017

She's married ! IZANxNAIN

Norizan Nordin has become a wife now . 
Macam tak percaya je my best friend dah kahwin . Maigarddd Chan chan dah besar . Hahaha . 
Actually memasing memang dah besar pun , 25 tahun dah kan . 
Dulu masa study Chanchan selalu kata aku yang akan kahwin dulu tapi sorry la ye , mulut aku lagi masin sebab aku kata 'TAK ! Kau yang akan kahwin dulu ." 
And now see , kau dah jadi isteri Zulkarnain Zainan dengan sekali lafaz . 
Alhamdulillah .


Nikah 08.09.2017

Kenduri 10.09.2017


Selamat tempuh alam perkahwinan . Sekarang kau dah tambah lagi satu tanggunjawab dalam hidup sebagai seorang isteri . Kuatkan mental & fizikal kau untuk jaga Nain sementara nak tunggu kaki dia sembuh and aku tau kau memang seorang perempuan yang kuat semangat . Jaga hubungan korang baik-baik . Masalah kat mana-mana pun ada tapi semua akan ok dengan cara kau handle masalah tu . Macam aku selalu pesan , apa-apa pun berbincang . Nain ! Kau jaga kawan baik aku ni elok-elok ! If tak , kau tau la nasib kau . Kau taktau apa aku boleh buat untuk Chan chan aku. Dia sahabat dunia akhirat aku *aduhh bertakung air mata pulak* . Okay lah ! Aku nak nasihat banyak-banyak aku sendiri pun tak kahwin lagi . Kau doakan la lepas ni wedding aku pulak ye . Ehehe . Ehhh lupa pulak nak minta , semoga korang cepat dikurniakan cahaya mata yang comel & soleh solehah . Aminnnn . 


With love, 
Aween gonjeng 

August 13, 2017

Thanks bebe for my birthday surprise !

Serius aku tak perasan rupanya bebe nak buat surprise dekat aku . Btw bebe is panggilan aku dekat dia . Tak payah dok pening fikir apa tu bebe okay ! Haha . 

Tapi aku perasan jugak la dia aneh sikit malam tu . Tetiba nak kena pergi Alor Setar , dah tu tak nak bagitau hal apa pulak dia kena pergi sana . Aku ni kadang-kadang jenis malas tanya banyak kalau dah dia tak nak bagitau . Sedih jugak la mulanya sebab esok tu kan birthday aku and he's not there . Tapi it's okay lah dah dia ada hal kan . 

Plus malam tu Anis , my good friend pulak ajak keluar . Yang Anis ni pun aku rasa aneh gak . Dia ajak keluar then dia suruh aku pergi tunggu kat Old Town dulu sebab dia kata mama dia pesan suruh beli panadol dekat 7e . Ehhh , 7e kan 24 hours . Lepas kita lepak boleh je singgah beli . Kat situ aku dah makin rasa aneh dah . Tapi aku pun ikut kan je tanpa menyoal . Aku dok rasa dia nak surprise aku dah . That's why dia suruh pergi tunggu dulu . 

Dapat text dari Anis bagitau dia dah sampai tapi tak muncul-muncul pun . Tunggu punya tunggu , sekali orang lain yang muncul . Anis tak ada pun . Bebe yang muncul dengan bunga kat tangan dia . Dalam beg bunga tu siap ada kek lagi . Ya Allah ! Bebe , you really surprised me ! Dorang komplot berdua rupanya nak buat surprise dekat aku ni . Thank you so much both of you . I am so speechless . No one ever surprised me like this . I will never forget this !


Yeayyy dapat bunga and kek !



Bebe , awak nak tau something tak ?  Awak ni comel sangat. Sweet pulak tu . Makin sayang saya dekat awak . Ehehe . 


Si comel saya ~


Entah bila lah awak dapat nombor Anis ? Sampai awak boleh terfikir nak buat surprise macam ni . 

Dear my bebe , rupanya awak ada sebab kenapa awak selalu nak pegang phone saya selain daripada awak check saya text dengan siapa . Saya tak kisah sebab saya tau awak sayangkan saya and saya pun tak ada benda nak sembunyikan daripada awak . Saya suka cara awak jaga dan sayang saya . I LOVE YOU BEBE !

Biasa la kan dalam hubungan kalau tergigit lidah tu . Alhamdulillah , saya bersyukur sangat dapat kenal awak . Awak terima kekurangan saya and awak cuba untuk ubah kekurangan saya menjadi kelebihan . Terima kasih Allah sebab hadirkan dia dalam hidup aku . 

Terima kasih bebe . Terima kasih Anis sebab membantu bebe I . Terima kasih banyak-banyak sebab buat semua ni . Terharu sangat sebenarnya *lap air mata guna hujung shawl

Birthday aku 13 August . Siapa August babies ? Kita geng ! Heee . 


June 29, 2017

Tak habis raya lagi !

Selalunya aku akan raya dengan family sampai raya ke 2 je . Hari selepas tu banyak beraya dengan kawan-kawan lah . Yang mana dah lama tak jumpa tu dapat lah berjumpa masa raya ni . Aku je yang still stay dekat Sungai Petani , yang lain banyak dah kerja dekat luar dari Sungai Petani . Mostly dorang ramai kat KL . Nak buat macam mana kan , dah rezeki aku dapat dekat . Alhamdulillah . 

Wan , Afif , Konah ! kenapa tengok Afif macam tu ? , Reen comel , Faza

Girls only ~

Ni siapa yang menyibuk depan gambar ni ha ?

Kapok Buskers

Dah nama pun raya , kita atur open house la . Oh aku tak buat open house tahun ni . Baru kerja kan so bajet ciput . Nak buat makan-makan ni mana puas kalau sikit-sikit . Nanti kesian kat tetamu yang datang tu . Next time lah ye aku buat open house untuk korang ~

Till we meet again for the next raya ! InsyaAllah .

June 26, 2017

Cerita Hari Raya



Tahun ni beraya dekat Penang . Seperti tahun-tahun sebelum ni . Al maklum la , takda keluarga mertua lagi kan . Ehehe . Bila lah nak ada tu ? SABAR ! 

Tema warna untuk baju raya tahun ni mama pilih light grey sebab tak pernah ada lagi baju raya warna tu . Pada mulanya aku nak pilih warna blue black sebab nampak kurus tapi tak dipersetujui oleh mama dan adik . Disebabkan mama dah pilih warna , so aku yang pilih design baju . Aku & adik buat kebarung pendek then mama pulak beli je terus kebarung labuh . Dia malas nak fikir beli kain bagai . 

Di pagi raya ni , mintak maaf la apa yang patut . Macam biasa la aku janji takkan buat lagi . Hahaha . Okay nasib baik dimaafkan . 


Apa yang seronok sangat tu ?


Tahun ni kena bagi duit raya sebab dah dapat kerja tetap kan . Oh no ! No more duit raya for me . Huarghhhhh . Itu menunjukkan aku dah makin meningkat usia . Takpelah , bagi adik seronok beraya pulak . Dapat duit raya dari kakak dia yang comel amat ni *werkkkk perasan

Ok tu je nak cerita . Kalau rajin nanti sambung raya ke 2 , ke 3 , ke 4 and seterusnya . Raya kan sebulan . Ehehe

May 16, 2017

Hari Guru 2017

16 MEI 2017 ~ Hari Guru tiba lagi ! Ni kali pertama aku sambut Hari Guru sebagai guru tetap , sebelum ni cuma sebagai guru praktikal je and tu pun dah berapa tahun lepas . Cikgu mana yang tak suka Hari Guru ? Hari di mana cikgu-cikgu diraikan and paling best student bagi hadiah , selfie , makan-makan , nyanyi-nyanyi and so on lah. 


Semua mak dara , iolls sorang je terlewat sikit *sabar

Tema guru untuk tahun ni sekali lagi ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" yang pernah digunakan masa tahun 2009 , 2010 dan 2016 . So Reen nak huraikan sikit tema yang dah dipilih ni , tengok kat bawah ye . 

GURU : "Pengajar , pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menggerakkan pembangunan pendidikan negara . Guru ialah insan yang berpengetahuan luas , berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing dan mempunyai keperibadian terpuji dan berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan ." 

PEMBINA : Individu yang membangun , membina , mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan . Dalam konteks pendidikan , guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu pelajar dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan . 

NEGARA BANGSA : Kumpula manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mampan . Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh , patriotik , berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral , hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang , bertolak ansur dan bersatu padu . 


Image result for tema hari guru 2017


Nampak tak betapa hebatnya kerjaya seorang guru sampai boleh dijadikan teladan untuk pelajar-pelajar . Bukan mudah nak jadi cikgu ni , tapi dah sendiri yang pilih untuk masuk ke dunia perguruan so kena cuba la ubah diri tu untuk menjadi lebih baik dan baik. Memang manusia tak sempurna tapi bila dah jadi seorang guru , aku kena cuba sempurnakan diri ni . InsyaAllah , niat yang baik-baik dan minta semoga dipermudahkan semuanya. 

March 1, 2017

Aween dah posting !

Pejam celik pejam celik , sekarang aku pun dah posting . Siapa sangka setelah setahun setengah tunggu dengan sabarnya untuk bergelar seorang guru . Alhamdulillah . Walaupun lari jauh daripada opsyen aku kat UPSI dulu which is KEUSAHAWANAN & PERDAGANGAN , tak ada kaitan langsung dengan opsyen pendidikan khas ni . Okay, what ever it is , I take it as a challenge and new experience . Now ! Aku ialah seorang guru kemahiran untuk PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN *cewahhhh . Iollss is cikgu memasak . OMGGGG !

Meh nak tunjuk sikit sekolah aku . 
Taraaaaa ~ ni lah sekolah di mana aku dipostingkan  

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK 




Actually sekolah ni sekolah untuk murid berkeperluan khas (MBK) atau nak senang cerita yang ada kad pink (OKU) . BUT ! Anak-anak dekat sekolah ni bukanlah tahap yang kritikal ya amat OKU dorang tu . Buat masa ni , kategori OKU yang ada kat sekolah ni ialah kurang upaya pendengaran , kurang upaya pertuturan & masalah pembelajaran . 

Untuk pengetahuan korang , terdapat beberapa kategori untuk orang kurang upaya ni . 
Antaranya ialah :-

1) Kurang Upaya Pendengaran
2) Kurang Upaya Penglihatan
3) Kurang Upaya Fizikal 
4) Kurang Upaya Pertuturan 
5) Masalah Pembelajaran (ada 9 jenis)
*nanti aku cerita lebih lanjut ye 


5PPM1 ~ tengok macam normal kan tapi aku je yang tau perangai memasing

Semoga Cikgu Syazreen terus tabah dan bersemangat mendidik anak-anak istimewa ini . Aminnn

BERSAMBUNG ....