June 29, 2017

Tak habis raya lagi !

Selalunya aku akan raya dengan family sampai raya ke 2 je . Hari selepas tu banyak beraya dengan kawan-kawan lah . Yang mana dah lama tak jumpa tu dapat lah berjumpa masa raya ni . Aku je yang still stay dekat Sungai Petani , yang lain banyak dah kerja dekat luar dari Sungai Petani . Mostly dorang ramai kat KL . Nak buat macam mana kan , dah rezeki aku dapat dekat . Alhamdulillah . 

Wan , Afif , Konah ! kenapa tengok Afif macam tu ? , Reen comel , Faza

Girls only ~

Ni siapa yang menyibuk depan gambar ni ha ?

Kapok Buskers

Dah nama pun raya , kita atur open house la . Oh aku tak buat open house tahun ni . Baru kerja kan so bajet ciput . Nak buat makan-makan ni mana puas kalau sikit-sikit . Nanti kesian kat tetamu yang datang tu . Next time lah ye aku buat open house untuk korang ~

Till we meet again for the next raya ! InsyaAllah .

June 26, 2017

Cerita Hari Raya



Tahun ni beraya dekat Penang . Seperti tahun-tahun sebelum ni . Al maklum la , takda keluarga mertua lagi kan . Ehehe . Bila lah nak ada tu ? SABAR ! 

Tema warna untuk baju raya tahun ni mama pilih light grey sebab tak pernah ada lagi baju raya warna tu . Pada mulanya aku nak pilih warna blue black sebab nampak kurus tapi tak dipersetujui oleh mama dan adik . Disebabkan mama dah pilih warna , so aku yang pilih design baju . Aku & adik buat kebarung pendek then mama pulak beli je terus kebarung labuh . Dia malas nak fikir beli kain bagai . 

Di pagi raya ni , mintak maaf la apa yang patut . Macam biasa la aku janji takkan buat lagi . Hahaha . Okay nasib baik dimaafkan . 


Apa yang seronok sangat tu ?


Tahun ni kena bagi duit raya sebab dah dapat kerja tetap kan . Oh no ! No more duit raya for me . Huarghhhhh . Itu menunjukkan aku dah makin meningkat usia . Takpelah , bagi adik seronok beraya pulak . Dapat duit raya dari kakak dia yang comel amat ni *werkkkk perasan

Ok tu je nak cerita . Kalau rajin nanti sambung raya ke 2 , ke 3 , ke 4 and seterusnya . Raya kan sebulan . Ehehe

May 16, 2017

Hari Guru 2017

16 MEI 2017 ~ Hari Guru tiba lagi ! Ni kali pertama aku sambut Hari Guru sebagai guru tetap , sebelum ni cuma sebagai guru praktikal je and tu pun dah berapa tahun lepas . Cikgu mana yang tak suka Hari Guru ? Hari di mana cikgu-cikgu diraikan and paling best student bagi hadiah , selfie , makan-makan , nyanyi-nyanyi and so on lah. 


Semua mak dara , iolls sorang je terlewat sikit *sabar

Tema guru untuk tahun ni sekali lagi ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" yang pernah digunakan masa tahun 2009 , 2010 dan 2016 . So Reen nak huraikan sikit tema yang dah dipilih ni , tengok kat bawah ye . 

GURU : "Pengajar , pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menggerakkan pembangunan pendidikan negara . Guru ialah insan yang berpengetahuan luas , berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing dan mempunyai keperibadian terpuji dan berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan ." 

PEMBINA : Individu yang membangun , membina , mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan . Dalam konteks pendidikan , guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu pelajar dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan . 

NEGARA BANGSA : Kumpula manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mampan . Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh , patriotik , berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral , hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang , bertolak ansur dan bersatu padu . 


Image result for tema hari guru 2017


Nampak tak betapa hebatnya kerjaya seorang guru sampai boleh dijadikan teladan untuk pelajar-pelajar . Bukan mudah nak jadi cikgu ni , tapi dah sendiri yang pilih untuk masuk ke dunia perguruan so kena cuba la ubah diri tu untuk menjadi lebih baik dan baik. Memang manusia tak sempurna tapi bila dah jadi seorang guru , aku kena cuba sempurnakan diri ni . InsyaAllah , niat yang baik-baik dan minta semoga dipermudahkan semuanya.