May 16, 2017

Hari Guru 2017

16 MEI 2017 ~ Hari Guru tiba lagi ! Ni kali pertama aku sambut Hari Guru sebagai guru tetap , sebelum ni cuma sebagai guru praktikal je and tu pun dah berapa tahun lepas . Cikgu mana yang tak suka Hari Guru ? Hari di mana cikgu-cikgu diraikan and paling best student bagi hadiah , selfie , makan-makan , nyanyi-nyanyi and so on lah. 


Semua mak dara , iolls sorang je terlewat sikit *sabar

Tema guru untuk tahun ni sekali lagi ialah "GURU PEMBINA NEGARA BANGSA" yang pernah digunakan masa tahun 2009 , 2010 dan 2016 . So Reen nak huraikan sikit tema yang dah dipilih ni , tengok kat bawah ye . 

GURU : "Pengajar , pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menggerakkan pembangunan pendidikan negara . Guru ialah insan yang berpengetahuan luas , berkemahiran tinggi dalam bidang masing-masing dan mempunyai keperibadian terpuji dan berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan ." 

PEMBINA : Individu yang membangun , membina , mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan . Dalam konteks pendidikan , guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu pelajar dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan . 

NEGARA BANGSA : Kumpula manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mampan . Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh , patriotik , berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral , hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang , bertolak ansur dan bersatu padu . 


Image result for tema hari guru 2017


Nampak tak betapa hebatnya kerjaya seorang guru sampai boleh dijadikan teladan untuk pelajar-pelajar . Bukan mudah nak jadi cikgu ni , tapi dah sendiri yang pilih untuk masuk ke dunia perguruan so kena cuba la ubah diri tu untuk menjadi lebih baik dan baik. Memang manusia tak sempurna tapi bila dah jadi seorang guru , aku kena cuba sempurnakan diri ni . InsyaAllah , niat yang baik-baik dan minta semoga dipermudahkan semuanya. 

March 1, 2017

Aween dah posting !

Pejam celik pejam celik , sekarang aku pun dah posting . Siapa sangka setelah setahun setengah tunggu dengan sabarnya untuk bergelar seorang guru . Alhamdulillah . Walaupun lari jauh daripada opsyen aku kat UPSI dulu which is KEUSAHAWANAN & PERDAGANGAN , tak ada kaitan langsung dengan opsyen pendidikan khas ni . Okay, what ever it is , I take it as a challenge and new experience . Now ! Aku ialah seorang guru kemahiran untuk PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN *cewahhhh . Iollss is cikgu memasak . OMGGGG !

Meh nak tunjuk sikit sekolah aku . 
Taraaaaa ~ ni lah sekolah di mana aku dipostingkan  

SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK 




Actually sekolah ni sekolah untuk murid berkeperluan khas (MBK) atau nak senang cerita yang ada kad pink (OKU) . BUT ! Anak-anak dekat sekolah ni bukanlah tahap yang kritikal ya amat OKU dorang tu . Buat masa ni , kategori OKU yang ada kat sekolah ni ialah kurang upaya pendengaran , kurang upaya pertuturan & masalah pembelajaran . 

Untuk pengetahuan korang , terdapat beberapa kategori untuk orang kurang upaya ni . 
Antaranya ialah :-

1) Kurang Upaya Pendengaran
2) Kurang Upaya Penglihatan
3) Kurang Upaya Fizikal 
4) Kurang Upaya Pertuturan 
5) Masalah Pembelajaran (ada 9 jenis)
*nanti aku cerita lebih lanjut ye 


5PPM1 ~ tengok macam normal kan tapi aku je yang tau perangai memasing

Semoga Cikgu Syazreen terus tabah dan bersemangat mendidik anak-anak istimewa ini . Aminnn

BERSAMBUNG ....