August 13, 2017

Thanks bebe for my birthday surprise !

Serius aku tak perasan rupanya bebe nak buat surprise dekat aku . Btw bebe is panggilan aku dekat dia . Tak payah dok pening fikir apa tu bebe okay ! Haha . 

Tapi aku perasan jugak la dia aneh sikit malam tu . Tetiba nak kena pergi Alor Setar , dah tu tak nak bagitau hal apa pulak dia kena pergi sana . Aku ni kadang-kadang jenis malas tanya banyak kalau dah dia tak nak bagitau . Sedih jugak la mulanya sebab esok tu kan birthday aku and he's not there . Tapi it's okay lah dah dia ada hal kan . 

Plus malam tu Anis , my good friend pulak ajak keluar . Yang Anis ni pun aku rasa aneh gak . Dia ajak keluar then dia suruh aku pergi tunggu kat Old Town dulu sebab dia kata mama dia pesan suruh beli panadol dekat 7e . Ehhh , 7e kan 24 hours . Lepas kita lepak boleh je singgah beli . Kat situ aku dah makin rasa aneh dah . Tapi aku pun ikut kan je tanpa menyoal . Aku dok rasa dia nak surprise aku dah . That's why dia suruh pergi tunggu dulu . 

Dapat text dari Anis bagitau dia dah sampai tapi tak muncul-muncul pun . Tunggu punya tunggu , sekali orang lain yang muncul . Anis tak ada pun . Bebe yang muncul dengan bunga kat tangan dia . Dalam beg bunga tu siap ada kek lagi . Ya Allah ! Bebe , you really surprised me ! Dorang komplot berdua rupanya nak buat surprise dekat aku ni . Thank you so much both of you . I am so speechless . No one ever surprised me like this . I will never forget this !


Yeayyy dapat bunga and kek !



Bebe , awak nak tau something tak ?  Awak ni comel sangat. Sweet pulak tu . Makin sayang saya dekat awak . Ehehe . 


Si comel saya ~


Entah bila lah awak dapat nombor Anis ? Sampai awak boleh terfikir nak buat surprise macam ni . 

Dear my bebe , rupanya awak ada sebab kenapa awak selalu nak pegang phone saya selain daripada awak check saya text dengan siapa . Saya tak kisah sebab saya tau awak sayangkan saya and saya pun tak ada benda nak sembunyikan daripada awak . Saya suka cara awak jaga dan sayang saya . I LOVE YOU BEBE !

Biasa la kan dalam hubungan kalau tergigit lidah tu . Alhamdulillah , saya bersyukur sangat dapat kenal awak . Awak terima kekurangan saya and awak cuba untuk ubah kekurangan saya menjadi kelebihan . Terima kasih Allah sebab hadirkan dia dalam hidup aku . 

Terima kasih bebe . Terima kasih Anis sebab membantu bebe I . Terima kasih banyak-banyak sebab buat semua ni . Terharu sangat sebenarnya *lap air mata guna hujung shawl

Birthday aku 13 August . Siapa August babies ? Kita geng ! Heee . 


June 29, 2017

Tak habis raya lagi !

Selalunya aku akan raya dengan family sampai raya ke 2 je . Hari selepas tu banyak beraya dengan kawan-kawan lah . Yang mana dah lama tak jumpa tu dapat lah berjumpa masa raya ni . Aku je yang still stay dekat Sungai Petani , yang lain banyak dah kerja dekat luar dari Sungai Petani . Mostly dorang ramai kat KL . Nak buat macam mana kan , dah rezeki aku dapat dekat . Alhamdulillah . 

Wan , Afif , Konah ! kenapa tengok Afif macam tu ? , Reen comel , Faza

Girls only ~

Ni siapa yang menyibuk depan gambar ni ha ?

Kapok Buskers

Dah nama pun raya , kita atur open house la . Oh aku tak buat open house tahun ni . Baru kerja kan so bajet ciput . Nak buat makan-makan ni mana puas kalau sikit-sikit . Nanti kesian kat tetamu yang datang tu . Next time lah ye aku buat open house untuk korang ~

Till we meet again for the next raya ! InsyaAllah .

June 26, 2017

Cerita Hari Raya



Tahun ni beraya dekat Penang . Seperti tahun-tahun sebelum ni . Al maklum la , takda keluarga mertua lagi kan . Ehehe . Bila lah nak ada tu ? SABAR ! 

Tema warna untuk baju raya tahun ni mama pilih light grey sebab tak pernah ada lagi baju raya warna tu . Pada mulanya aku nak pilih warna blue black sebab nampak kurus tapi tak dipersetujui oleh mama dan adik . Disebabkan mama dah pilih warna , so aku yang pilih design baju . Aku & adik buat kebarung pendek then mama pulak beli je terus kebarung labuh . Dia malas nak fikir beli kain bagai . 

Di pagi raya ni , mintak maaf la apa yang patut . Macam biasa la aku janji takkan buat lagi . Hahaha . Okay nasib baik dimaafkan . 


Apa yang seronok sangat tu ?


Tahun ni kena bagi duit raya sebab dah dapat kerja tetap kan . Oh no ! No more duit raya for me . Huarghhhhh . Itu menunjukkan aku dah makin meningkat usia . Takpelah , bagi adik seronok beraya pulak . Dapat duit raya dari kakak dia yang comel amat ni *werkkkk perasan

Ok tu je nak cerita . Kalau rajin nanti sambung raya ke 2 , ke 3 , ke 4 and seterusnya . Raya kan sebulan . Ehehe